Afiq Azmi Tekad Jadi Penjaring Terbaik

Afiq Azmi tampil dengan tekad baharu apabila memasang impian muncul penjaring tempatan terbaik seperti musim lalu.

Afiq, 27, yang pernah mencipta sensasi bersama Red Giants dengan beberapa kali melakar hatrik muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 21 gol ingin mengulangi sentuhan berbisanya sebaik saingan Liga Super 2017 membuka gelanggang 20 Januari depan.

Katanya, memori indah ketika membantu Merah Kuning menjulang Piala Malaysia musim lalu membuatkan dia tekad untuk kembali menyarung jersi pasukan itu.

“Saya berterima kasih kepada FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) apabila sudi memanggil saya semula untuk musim depan.

“Beraksi dengan Selangor saya memang cukup istimewa. Lebih-lebih lagi musim lalu saya antara anggota skuad yang menjayakan ‘Misi ‘33’ apabila memenangi Piala Malaysia.

“Dengan kembalinya ke pangkuan pasukan, saya sudah menetapkan misi peribadi mahu menjaringkan seberapa banyak gol,” katanya lapor Harian Metro.

Memiliki fizikal yang tegap membolehkan pemain berasal dari Perlis itu berkemampuan menjaringkan gol menerusi tandukan yang dianggap senjata terbaik Afiq.

Mengulas mengenai kemelut dalaman FAS ketika ini, Afiq menegaskan isu yang menghantui badan induk itu tidak mengganggu fokusnya tehadap pasukan.

“Saya ada dengar isu membabitkan pihak pengurusan sebelum bersetuju menandatangani kontrak untuk semusim.

Bagi saya, tumpuan hanya untuk persiapan pasukan dan mengenai isu berkenaan biarlah pihak atasan selesaikan,” katanya.

Last Updated on Disember 28, 2016 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *