Brazil Menjuarai Piala Konfederasi Mengalahkan Juara Dunia Sepanyol

FIFA Confederations Cup

Fred telah menjaring dua gol dan membantu Brazil menjuarai Piala Konfederasi buat kali ketiga setelah mengalahkan Sepanyol 3-0 di Rio de Janeiro. Penyerang Fulminense itu telah menjaringkan gol pada keuda babak perlawanan, pertama jaringan gol senang dan kedua tendangan yang amat menakjubkan.

Neymar telah menjaringkan gol sebelum asa rehat manakala Sepanyol tidak dapat menyelamatkan drini dengan tendangan Pelanti Sergio Ramos terlepas dari sasaran.

Neymar Goal

Brazil telah memberi semangat kepada penyokong di Maracana dengan menjaringkan gol dalam masa satu minit. Fred telah mengatasi dua pemain pertahanan untuk menerima hantaran Hulk. Bola telah melantun ke Neymar dan pemain pertahanan Sepanyol, Alvaro Arbeloa namun Fred dapat menepis bola kedalam gawang gol.

Perlawanan amat sengit dengan kedua pasukan Brazil dan Sepanyol bertungkus lumus untuk menjaringkan gol.
Hulk mampu menjaringkan gol namun tendangannya telah ditahan oleh Casillas. Neymar telah menjaringkan gol kedua seminit sebelum masa tamat di babak pertama dengan tendangan yang amat kuat setelah mendapat hantaran daripada Oscar.

Walaupun Sepanyol mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, semua usaha mereka dengan tendangan ataupun tandukan telah tersasar.

Brazil v Spain: Final - FIFA Confederations Cup Brazil 2013

Last Updated on Julai 1, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *