Hanya Yang Buta Sejarah Akan Menggelarkan Piala Malaysia Itu “Kejuaraan Kampung”

By
Updated: October 28, 2016

shahrom_abd_kalam

Ketua pasukan Selangor Shahrom Abdul Kalam enggan mengendahkan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan perebutan Piala Malaysia umpama piala kampung atau “kejuaraan sampah”. Baginya, kesemua saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dipertandingkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sama penting seperti pertandingan lain.

Jelasnya, walaupun timbul cakap-cakap Red Giants sekadar memburu gelaran jaguh kampung berbanding saingan Liga Super dan Piala FA yang menawarkan tiket laluan ke Piala AFC, Shahrom dilihat tenang dan menganggap ia sebagai perang psikologi menjelang aksi final.

“Kerja kami adalah untuk bermain dan mencari kemenangan. Itu hanya pandangan mereka (mengenai Piala Malaysia), saya tak kisah apa orang nak kata.

“Paling mustahak ketika ini kami sudah berada di final Ahad ini,” katanya sewaktu sesi latihan di sini, semalam.

Pandangan sama turut dikongsi pengendalinya, K Gunalan yang mengakui langsung tidak terkesan dengan dakwaan negatif pihak luar itu.

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (pengkritik) bercakap kami mengejar piala sampah dan macam-macam lagi. Tapi saya tidak kisah kerana sedar ini satu-satunya pertandingan yang mempunyai sejarah cukup unik.

“Saya mahu pemain turun beraksi dengan sepenuh jiwa dan hati mereka, tolak tepi kata-kata orang sebaliknya berusaha mencari kemenangan,” kata Gunalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *