Jepun Juara Piala Asia 2011

By
Updated: January 29, 2011

Jepun berjaya menjulang Piala Asia untuk edisi 2011 buat kali keempat, apabila pemain gantian Tadanari Lee, menjaringkan gol pada masa tambahan untuk kemenangan 1 – 0 ke atas Australia. Lee, yang tidak dikawal, merembat masuk bola dengan kaki kiri dari jarak 10 meter, hasil hantaran silang Yuto Nagatoma pada minit ke-109.

Australia yang bermain pada perlawanan akhir pertama sejak berpindah dari zon Oceania ke Asia pada tahun 2006, turut tewas kepada Jepun pada peringkat suku akhir empat tahun lalu.