Joe Cole Cedera – Terlepas Perlawanan Menentang Chelsea

By
Updated: November 2, 2010

Joe Cole Cedera

Nampaknya, selain daripada Michael Owen, kini pemain tengah Liverpool, Joe Cole turut sama terpaksa direhatkan apabila beliau mengalami kecederaan pada bahagian lutut, ketika perlawanan menentang Bolton yang berakhir dengan kemenangan pada pihak Liverpool dengan jaringan 1-0.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Joe Cole akan terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang kelab terdahulu beliau, Chelsea yang akan berlangsung pada hari Ahad ini. Selain daripada itu, dengan direhatkan selama 2 minggu, Joe Cole juga turut sama akan ketinggalan perlawanan menentang Napoli dalam Liga Eropah.

Walaupun kecederaannya tidak begitu serius, Joe Cole diminta untuk berehat selama dua minggu, sebelum mula beraksi di padang kembali.