Kawalan Keselamatan Pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Perketatkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun meminta bantuan daripada pihak polis, Rela dan juga pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan stadium itu kelak pada ketika berlangsungnya perlawanan akhir antara Negeri Sembilan dan juga Kelantan pada hari Sabtu, 30 Oktober ini.

Menurut FAM, jumlah anggota keselamatan di sekitar stadium nasional itu akan ditambah melebihi 5000 orang pada perlawanan akhir kelak. Sebelum ini, para perlawanan akhir musim lepas antara Negeri Sembilan dan juga Kelantan, kekecohan timbul pada perlawanan akhir tersebut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Kelantan dikenakan denda sebanyak RM50,000 keatas tindakan liar penyokongnya, dan juga RM138,000 ke atas kerosakan yang dilakukan pada Stadium Nasional.

Pada masa yang sama, pihak FAM juga turut sama memutuskan yang mana kini penjualan makanan dan minuman tidak lagi dibenarkan di perkarangan stadium, kerana atas faktor keselamatan. Ini adalah kerana sebelum ini, botol minuman turut dijadikan sebagai bahan lontaran ke arah penyokong lawan.

Last Updated on Jun 28, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *