Kelantan Merangkul 5 Daripada 7 Anugerah 100Plus-FAM 2010

By
Updated: November 3, 2010

Kelantan yang mana pada hari Sabtu yang lepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan untuk merangkul Piala Malaysia terus membuat kejutan apabila berjaya mendominasi Anugerah 100Plus-FAM 2010 dengan merangkul 5 daripada 7 anugerah yang ditawarkan.

Antara anugerah yang dimenangi oleh pasukan Kelantan adalah: penyerang terbaik dan pemain paling bernilai oleh Norshahrul Idlan Talaha, penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik oleh Khairul Fahmi Che Mat, dan juga jurulatih terbaik dimenangi oleh B. Satianathan.

Anugerah yang hanya terlepas oleh Kelantan adalah anugerah pemain tengah terbaik, yang dimenangi oleh Baddrol Bakhtiar dari Kedah, dan juga pemain pertahanan terbaik yang dimenangi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak dari Negeri Sembilan. Selain daripada itu, tiga anugerah khas dimenangi oleh Johor FC (Kelab Terbaik), Selangor (Persatuan Bola Sepak Terbaik) dan juga Kedah (Kelab Penyokong Terbaik).