Kelantan Tewaskan Johor DT 1-0

Piala FA Kelantan Tewaskan JDT

Kelantan muncul juara Piala FA 2013 selepas mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini. Kelantan yang merupakan juara bertahan menjaringkan gol menerusi Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-14.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 90,000 penonton itu, gandingan mantap pemain tengah dan penyerang Kelantan kelihatan begitu yakin hingga banyak mencipta peluang dan mencemaskan pertahanan lawan. Sehingga pada minit ke-15, ketua pasukan Badhri Radzi yang beraksi cemerlang dengan tenang melorongkan bola buat Farhan yang tidak dikawal di sebelah kanan. Farhan kemudian menahan bola tersebut dan menolak bola ke sebelah kanan gawang untuk menewaskan Muhammad Al-Hafiz Hamzah. Kelantan selepas itu terus mengasak kubu Johor DT namun ketangkasan Hafiz jadi penghalang skuad Kijang menambah gol.

Johor DT yang kemarau kejuaraan selama 15 tahun, hanya mempamerkan aksi lebih baik pada babak kedua. Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi untuk mengatasi Kelantan yang dilihat lebih bertenaga di semua bahagian.

Penyerang Johor Norshahrul Idlan Talha dan Leonel Jorge Nunez tidak beraksi seperti biasa kerana jarang mendapat hantaran cantik daripada rakan-rakan. Kesungguhan pemain-pemain Johor DT bagaimanapun harus dipuji bagi mencari gol penyamaan namun mereka akhirnya akur dengan kehebatan Kelantan yang ampuh mempertahankan kedudukan hingga wisel penamat.

Barisan Pemain:

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak (Indra Putra Mahayuddin), Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani (Zairo Anuar Zailani).

JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Kamarul Afiq Kamarudin (kapten), Ahmad Tharmini Saiban, Muhd Nazri Ahmad, Andrezinho (K. Thanaraj), Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Nazri Ahmad, Safiq Rahim (Ahmad Ezrie Shafizie), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali (Leonel George Nunez).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar

Last Updated on Jun 30, 2013 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *