Liga Super ASEAN Ditangguh Lagi

Cadangan untuk mengadakan sebuah liga untuk kelab-kelab dari negara anggota ASEAN mungkin ditangguhkan lagi. Bekas presiden Persatuan Bolasepak Singapura yang kini sebahagian dari pasukan petugas Liga Super ASEAN (ASL), Zainudin Nordin, seperti dipetik dari media Singapura Today Online< /em> berkata penubuhan ASL “masih dalam perbincangan” dan tiada komitmen untuk ia dimulakan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Persekutuan Bolasepak ASEAN, yang dihadiri oleh ahli majlis AFF pada hari Rabu lalu.

Zainudin sebelum ini mendakwa bahawa idea mengenai ASL disokong oleh semua ahli AFF.

ASL dikhabarkan akan disertai 10 pasukan dari negara anggota AFF termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam antaranya. Namun, Australia walaupun merupakan anggota AFF, tidak dijangka akan turut serta dalam ASL.

Ketika idea asal diumumkan secara rasmi pada tahun 2013, ASL dikatakan akan bermula pada tahun 2015. Namun tarikh sepak mula telah ditukar dua kali, pada 2016 dan sebelum ini dikatakan akan bermula pada bulan September tahun ini.

Last Updated on Januari 30, 2017 by menj


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *