LionsXII Merangkul Juara Liga Super Malaysia 2013

LionsXII Juara Liga Super Malaysia

Perlawanan antara LionsXII dan Felda United berakhir dengan pasukan Singa menjulang sebagai juara Liga Super Malaysia setelah menjaringkan empat gol.

Pasukan LionsXII hanya memerlukan satu kemenangan untuk memastikan kejuaraan mereka di Liga Super Malaysia. Setelah mendapat tempat kedua di musim lepas, LionsXII berada di puncak liga dengan 40 mata, lebih empat mata daripada pasukan Selangor dan Johor Darul Takzim yang berada di kedudukan kedua dan ketiga. LionsXII bersaing tanpa dua pemain utama mereka, Baihakki Kaizan dan Isa Halim.

Felda United pula memerlukan kemenangan untuk memastikan tempat mereka di Liga Super Malaysia musim hadapan. Felda United juga memegang tanggungjawab untuk menyekat LionsXII dari pada membawa trofi Liga Super ke Singapura.

LionsXII Merangkul Juara Liga Super Malaysia

Perlawanan bermula dengan pasukan LionsXII menguasai corak permainan di Jalan Besar. Dalam masa tujuh minit, LionsXII telah membuat percubaan pertama mereka dengan tendangan Fazrul tersasar. Nizam Abu Bakar telah menjadi pemain pertama untuk dilayangkan kad kuning setelah melambatkan perlawanan. Prestasi Felda United mula meningkat pada minit ke-42 apabila mereka menguasai perlawanan dengan beberapa serangan dibuat, namun mereka masih tidak mampu menjaringkan gol pembukaan.

Separuh akhir pertama berakhir dengan kedua pasukan tidak dapat menggunakan peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol pertama. Hanya dalam masa dua minit separuh masa kedua, LionsXII telah menjaringkan gol pembukaan daripada tandukan gol sendiri Mohd Azrul hasil daripada tendangan percuma Shahril Ishak. LionsXII teruskan usaha mereka dan telah menjaringkan gol kedua oleh ketua pasukan Shahril Ishak pada minit ke 57 hasil hantaran Faris Ramli yang telah mengatasi semua pemain pertahanan Felda United.

LionsXII telah memastikan kejuaraan mereka setelah menjaringkan gol ketiga hasil dari usaha Fazrul Nawaz di dalam kotak penalti. Shahfiq Ghani yang telah menggantikan tempat Fazrul Nawaz tidak lepas peluangnya untuk menjaringkan gol keempat apabila Hafiz Sujad membuat hantaran yang baik pada minit ke-84.

Felda United tidak mampu mencipta peluang apabila semua usaha mereka telah ditahan oleh pemain pertahanan LionsXII.

Last Updated on Julai 3, 2013 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *