Liverpool Sah Akan Bertandang Ke Malaysia

By
Updated: June 7, 2011

Liverpool FC

Kelab bola sepak dari Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC mengesahkan lawatannya ke Malaysia bagi menyempurnakan lawatan musim panas Asia kelab tersebut. Liverpool akan menentang pilihan Malaysia (Malaysia XI) pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam sidang akhbar, pengarah pengurusan Liverpool, Ian Ayre berkata, “Liverpool memandang serius perlawanan ini. Perlawanan di Malaysia merupakan perlawanan penting bagi kami sebagai persediaan untuk musim baru Liga Perdana (2011/2012) dan ini merupakan peluang terbaik peminat Liverpool yang berada di Malaysia untuk menyaksikan pemain kami beraksi secara dekat.”

Lawatan ke Malaysia ini merupakan lawatan pertama bagi kelab tersebut ke negara ini. Perlawanan akan berlangsung jam 5.45 petang waktu Malaysia, 16 Julai 2011. Tiket akan mula dijual kepada orang ramai pada Jumaat ini (10 Jun 2011) di cawangan TicketPro seluruh negara. Peminat juga boleh mendapatkan tiket secara dalam talian dan hotline di TicketPro.