Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia 4 Chinese Taipei 2

Skuad Malaysia B-22 meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan menewaskan Chinese Taipei dengan 4 gol berbalas 2 dalam saingan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Asia B-22 tahun 2013. Sentuhan Rozaimi Abd Rahman terus berbisa apabila menjaringkan dua gol untuk membantu skuad negara menumpaskan Taiwan, sekaligus merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di Yangon, Myanmar. Selepas meledak empat gol ketika Malaysia membelasah Filipina 7-0 pada aksi kedua Isnin lalu, Rozaimi, pemain tengah berasal dari Sabah itu membolosi gawang Taiwan pada minit ke-7 dan ke-40.

Dua lagi gol skuad negara dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain Taiwan, Chen Yen-Jui pada minit ke-32 dan D Saarvindran (m-78) namun jurulatih negara, Ong Kim Swee nyata kurang berpuas hati dengan kelekaan anak buahnya sehingga dibolosi Lin Chang-Lun (m-50) dan Wen Chih-Hao pada masa kecederaan.

Last Updated on Jun 28, 2013 by


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *