Malaysia Mengenepikan Taiwan Untuk Ke Pusingan Kedua

By
Updated: July 3, 2011

Penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee berjaya menyelamatkan satu penalti untuk membantu pasukannya mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia, berdasarkan kiraan gol di tempat lawan walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan di Taipei.

Aidil Zafuan meletakkan Malaysia di depan pada minit kelapan dengan tendangan percuma dari jarak 35 meter, sebelum Taiwan melalui pemain mereka Cheng Han menyamakan kedudukan pada minit ke-31. Kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim menambahkan gol untuk Malaysia dari sepakan percuma, dan sekali lagi Harimau Malaya mendahului pada minit ke-40. Namun begitu Taiwan kembali melonjak ke depan dengan jaringan dua gol dari sepakan penalti melalui Chen Po-liang dan Xavier Chen pada minit ke-44 dan ke-75.

Di antara kedua-dua penalti tersebut, Sharbinee Ramli berjaya menahan sepakan penalti Chen pada minit ke-61.

Dalam perlawanan pertama pada hari Rabu, Malaysia mengalahkan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.