Malaysia Tewas Kepada China – Mendapat Tiga Kad Merah

Malaysia mengalami nasib yang malang hari ini, apabila bukan sahaja kalah terhadap China pada perlawanan terakhir Kumpulan A tetapi terpaksa bermain dengan 8 pemain di saat akhir perlawanan sekaligus tewas dengan jaringan 3-0, sekaligus membolehkan China menduduki tempat kedua di kedudukan pasukan Kumpulan A.

Percubaan Jarak Jauh Daripada Kunalan Yang Gagal Memasuki Gol

Malaysia yang bermain dengan baik pada awal perlawanan ditimpa musibah apabila Mahali Jasuli dilayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah pada minit ke-25 perlawanan. Dan tidak lama selepas itu, kapten pasukan bolasepak yang protes tindakan pengadil perlawanan tersebut turut dikenakan kad merah sekaligus menjadikan Malaysia bermain dengan 9 pemain sehingga tamat separuh masa pertama dengan seri tanpa jaringan.

China Menambah Jaringan Melalui Sepakan Penalti

Walaubagaimanapun, segalanya berubah apabila memasuk separuh masa kedua, dimana China berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-61′ melalui jaringan Li Jianbin. Dan empat minit selepas itu, Zhao Honglue menjaringkan gol kedua pada minit ke-65′. Keadaan menjadi lebih parah apabila S. Kunalan menjadi pemain ketiga dilayangkan kad merah akibat rebutan bola di kotak penalti, sekaligus memberikan peluang kepada pasukan China melalui sepakan penalti. Zhang Linpeng yang mengambil sepakan tersebut nyata tidak membazirkannya apabila berjaya menambah lagi satu jaringan pada minit ke-82′.

Pengadilan yang kelihatan berat sebelah oleh pengadil daripada Australia itu, turut menjadi topik hangat di laman perkongsian sosial di Twitter. Seterusnya selepas ini, Malaysia akan berlawan dengan Iran pada 15 November ini, iaitu pada hari Isnin nanti.

Last Updated on Jun 27, 2013 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *