Nazmi Faiz Ke Portugal Jalani Ujian Pemilihan Bersama Kelab Beira-Mar

MAS vs BAHRAIN

Bintang muda, Nazmi Faiz Mansor akan menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab disisyen satu Portugal, SC Beira-Maru dari 13 hingga 21 Mei ini.

“Ini sudah menjadi satu berita baik bagi saya sebab saya tahu orang hanya kenal pasukan di liga Sepanyol dan EPL. Jadi ini peluang terbaik buat saya untuk meraih pengalaman dan mempelajari ilmu baru ketika berada di sana.

“Apabila saya dengar berita ini, saya terus membuat persediaan dan saya rasa tidak ada sebarang masalah untuk beraksi di sana,” kata Nazmi yang akan diuji oleh pasukan utama kelab berkenaan.

Nazmi dipilkih berdasarkan kekampuannya setelah agen dari kelab itu sendiri melihat dia beraksi di Liga Singapura.

Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar dengan panggilan Auri Negros itu kini menduduki tangga ke 12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal.

Sementara itu, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee, berkata di Portugal tidak ada syarat ketat seperti ditetapkan di saingan Liga Inggeris.

“Di Portugal, mereka benarkan pemain yang mereka fikir layak bermain. Jawapan mengenai keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui dalam masa seminggu dan kelab berkenaan akan maklumkan kepada kita apa keputusan mereka,” katanya.

Last Updated on Jun 28, 2013 by


Posted

in

by

Tags:

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *