Norfarhan: Lupakan Kelebihan Gol

Kelantan perlu menganggap perlawanan timbal balik dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia 25 Oktober ini bermula dengan kedudukan 0-0, bagi melupakan seketika kelebihan dua jaringan yang dimiliki dalam perlawanan pertama.

Pemain sayap Kelantan, Norfarhan Muhammad menyifatkan jika pemain terlalu selesa dengan bekalan dua jaringan di tempat lawan, perkara itu hanya akan menjadi ‘virus’ kepada pasukan dan mungkin menyebabkan pemain leka. Norfarhan berkata, TRW juga perlu berwaspada dengan kebangkitan The Gladiators, selain perlu bersedia untuk berdepan tentangan lebih sengit di gelanggang sendiri.

“Tidak dinafikan kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama menyuntik semangat pemain, namun kami

perlu sedar bahawa kemenangan itu belum meletakkan kami dalam keadaan selamat untuk melangkah ke final.
“Kami tidak boleh menganggap dua jaringan itu sebagai satu kelebihan, kerana dengan beranggapan begitu, ia boleh menjadi ‘virus’ kepada pasukan yang boleh menyebabkan pemain cuai dan melakukan kesilapan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Norfarhan yang pernah dikaitkan dengan khabar angin perpidahannya ke Darul Takzim turut menanam tekad untuk membantu TRW menjulang Piala Malaysia sekali lagi musim ini. Katanya, tanpa memikirkan khabar angin berkenaan, khidmatnya masih bersama TRW sehingga tamat musim.

“Saya menghargai sokongan peminat TRW. Insyallah selagi saya menyarung jersi Kelantan, saya akan berusaha mempamerkan aksi terbaik untuk membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Dalam perlawanan pertama, gergasi Pantai Timur itu menundukkan skuad kendalian B.Sathianathan menerusi jaringan ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi dan Mohamad Norfarhan untuk tuan rumah sekali gus meletakkan TRW berada selangkah untuk ke final.

Last Updated on April 5, 2014 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *