Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara Latih 10,000 Remaja

Seramai 10,000 remaja berusia antara tujuh hingga 17 tahun akan dilatih menerusi progam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pelan itu yang akan dilancar dalam masa terdekat, bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara ketika era Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

“Remaja ini akan dimasukkan dalam program pembangunan bola sepak di seluruh negara untuk mencungkil bakat terbaik…kita akan pastikan tidak ada bakat terpendam yang tidak diketengahkan.

“Matlamatnya ialah menjelang Piala Dunia Remaja pada 2019, pasukan remaja layak untuk menyertainya,” katanya semasa menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).

Tan Sri Abd Khalid bertanya mengenai peracangan yang dilakukan bagi memulihkan semula kekuatan bola sepak negara dan bagaimana penerimaan peminat sukan itu terhadap pasukan bola sepak tempatan.

Khairy berkata keseriusan kementerian untuk memperkasa sukan itu juga terserlah menerusi pelantikan jurulatih skuad remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan memulakan tugasnya November ini.

Last Updated on Oktober 22, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *