Prandelli Gembira Dengan Keputusan Itali

Prandelli Gembira Dengan Keputusan Itali

Pengurus Itali, Cesare Prandelli memuji prestasi pasukannya di Piala Konfederasi setelah mengalahkan Uruguay untuk mendapat tempat ketiga. Prestasi Itali di Piala Konfederasi dengan serangan baik yang mengejutkan pasukan seperti Brazil dan England. Pasukan Azzuri mendapat tempat ketiga setelah mengalahkan Uruguay 3-2 dari tendangan penalti setelah mendapat mata sama 2-2 pada hari Ahad.

Prandelli berpuas hati dengan keputusan itu dan memuji para pemainnya setelah berakhirnya pertandingan yang sangat sengit.

“Ia pertandingan yang amat positif kerana pasukan kami menunjuk sikpa yang baik. Pada 30 June setelah bermain lama di musim, mereka amat baik,” kata pengurus itu kepada Sky Sport Italia.

“Mereka berhak dapat keputusan ini dengan prestasi mereka yang amat konsisten. Buat kali pertama di dalam karya saya, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana lapan pemain mahu digantikan. Kami mempunyai banyak kesukaran, kekal di dalam perlawanan dan tendangan penalti itu seperti berjudi.”

Prandelli memuji ketua pasukan Gianluigi Buffon yang telah menjari wira bagi Itali setelah menyelamatkan tiga tendangan penalti.

“Di Itali, ramai orang mengatakan yang bukan-bukan. Tendangan penalti mampu di tangkap ataupun tidak tetapi amsalahnya ramai orang menjangkakan ia senang untuk menangkap tendangan penalti,” sambung Prandelli.

“Gigi seorang penjaga gol yang baik dan beliau telah membukitkan kekuatannya.”

Last Updated on Julai 2, 2013 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *