Rooney Disaran Sertai Kelas Yoga

wayne_rooney

Penyerang England dan Manchester United, Wayne Rooney disaran untuk menyertai kelas yoga bagi mengembalikan stamina dan tahap sebenar permainannya.

Penyerang Sunderland, Jerman Defoe, 34, yakin cara itu akan membuahkan hasil untuk Rooney.

“Sebagai contoh Ryan Giggs yang masih boleh bermain sehingga usia 40 tahun kerana mengamalkan yoga dan menjaga pola pemakanan. Selain itu Teddy Sheringham dan Les Ferdinand juga mengamalkan yoga dan boleh bermain sehingga umur 38 dan 40 tahun. Saya fikir jika dia menjaga diri dengan baik, ia tidak akan menjadi masalah untuk bermain lagi,” katanya.

Rooney akan menginjak usia ke 31 tahun pada 24 Oktober ini namun dia telah mula hilang tempat dalam kesebelasan utama United dan England.

Last Updated on Oktober 17, 2016 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *