Sathianathan Mengharapkan Peluang Kedua Untuk Membimbing Pasukan Kebangsaan

b-sathianathan

Seperti sedia maklum, sebelum ini B Sathianathan dibuang daripada menjadi jurulatih kebangsaan pada awal tahun 2009 disebabkan mengkritik bolasepak Malaysia. Namun begitu, kini setelah berjaya membawa Kelantan menjadi juara Piala Malaysia, beliau mengharapkan supaya beliau diberi peluang kedua untuk menjadi jurulatih kebangsaan.

B. Sathianathan berkata yang mana sudah menjadi impian setiap jurulatih untuk membimbing pasukan kebangsaan, dan beliau berharap agar diberi peluang kedua untuk membimbing pasukan kebangsaan. Pada masa yang sama, beliau mengatakan yang mana Liga Malaysia masih lagi belum mencapai tahap liga professional buat masa ini. Kritikan beliau berkaitan perkara ini adalah kerana beliau ingin melihat kualiti bolasepak tempatan meningkat daripada yang ada sekarang ini.

Dengan kejayaan menjadikan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia buat julung kalinya, B. Sathianathan juga turut dianugerahkan dengan anugerah Jurulatih Terbaik Tahun 2010 pada acara anugerah 100Plus-FAM yang diadakan baru-baru ini.

Last Updated on Oktober 15, 2016 by menj


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *