Selangor Mengatasi T-Team 2-1 Dalam Aksi Separuh Akhir Pertama

selangor-t-team-2016

Selangor berazam untuk menyelamatkan maruah dan menjadi pemenang untuk piala terakhir yang masih berada dalam genggaman mereka, iaitu Piala Malaysia. Pemenang Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu masih mahu mengekalkan piala yang paling berprestij dalam bola sepak Malaysia. Selangor memenangi Piala Malaysia ke-33 mereka pada tahun lepas dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah pada aksi perlawanan akhir dengan Hazwan Bakri menjaringkan kedua-dua gol.

Dan gol penyamaan Hazwan pada masa kecederaan babak pertama — tendangan lencong dari luar kotak penalti — amat menakjubkan sekali dan memberilan Selangor semangat dan keyakinan, terutamanya pada separuh masa kedua. Sehingga saat tersebut, Selangor melakukan segala-galanya di atas padang tetapi mereka tidak ke mana-mana. Dengan masa berbaki hanya 10 minit, Selangor menjaringkan gol kemenangan melalui pemain pertahanan Nigeria, Ugo Ukah, apabila beliau merembat bola ke dalam gawang T-Team selepas mendapat bola longgar dalam kotak penalti selepas sepakan sudut.

Stadium Shah Alam tidak sesak pada malam Sabtu tersebut tetapi kemenangan 2-1 ke atas T-Team dalam perlawanan separuh akhir pertama di laman sendiri – Stadium Shah Alam telah memberikan Selangor sedikit kelebihan untuk kembali pada 15 Oktober ini di Kuala Terengganu.

Walaupun Selangor meraikan kemenangan mereka termasuk jurulatih K. Gunalan — seorang bekas pemain antarabangsa yang mengambil alih kerusi panas itu selepas Zainal Abidin Hassan dipecat berikutan siri keputusan yang buruk — terdapat satu lagi perlawanan untuk dimenangi di Kuala Terengganu.

Last Updated on Oktober 3, 2016 by menj

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *