Semangat Baru Nor Farhan

Peluang yang diberikan Datuk Ong Kim Swee seperti memberi semangat baru buat penyerang Mohd Nor Farhan Muhammad untuk kembali menyinar di pentas antarabangsa selepas namanya “tenggelam” bersama skuad Harimau Malaya.

Norfarhan

Kali terakhir pemain Terengganu berusia 29 tahun itu menyarung jersi kebangsaan ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, di Stadium Shah Alam pada Julai tahun lalu dan selepas hampir sembilan bulan, dia kembali mendapat peluang.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi peluang. Sememangnya bukan mudah mendapat tempat dalam pasukan ini dan jika terpilih dalam senarai akhir pemain ke Filipina ia pasti memberi semangat baru.”

Farhan yang beraksi secara konsisten bersama pasukan negeri kelahirannya itu walaupun hanya meledak tiga gol dalam kempen Liga Super musim ini sedar dia perlu memberikan aksi terbaik bagi membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap pasukan selepas Kim Swee membuat keputusan tidak memanggil penyerang Norshahrul Idlan Talaha.

“Saya tetap menghormati Mat Yo (Norshahrul), dia antara penyerang terbaik tempatan dan bagi saya ini saingan sihat antara pemain untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Saya sentiasa bersedia untuk memberikan aksi terbaik untuk pasukan sekiranya khidmat saya diperlukan,” kata Farhan.

Selain Farhan, Kim Swee turut memanggil penyerang Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani, Bobby Gonzales dan Mohd Amri Yahyah bagi aksi persahabatan antarabangsa dengan Filipina di Cebu, Ahad ini.

Last Updated on April 23, 2014 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *