UEFA Euro 2012: Sepanyol 4 Itali 0

By
Updated: July 2, 2012

Perlawanan akhir antara Sepanyol dan Itali untuk memenangi kejuaraan Piala Eropah 2012 menyaksikan aksi berat sebelah, dengan kemenangan berpihak kepada Sepanyol yang menjaringkan 4 gol menewaskan Itali. Ternyata kepantasan Sepanyol dengan aksi “Tiki Taka” mereka sukar untuk disaingi oleh pasukan Itali, yang terpaksa bermain dengan sepuluh orang di separuh masa kedua akibat kecederaan pada salah seorang pemain mereka.

Dengan ini, Sepanyol telah berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Eropah yang pertama kali dimenangi oleh mereka pada tahun 2008 dan juga menyandang kejuaraan Piala Dunia 2010.