Skuad Olimpik Malaysia Tewas 1 – 0 Kepada Olimpik Kemboja

By
Updated: June 8, 2011

Skuad Olimpik Malaysia kalah tipis 1-0 kepada skuad Olimpik Kemboja dalam perlawanan bola sepak persahabatan pada 7hb Jun 2011 di Phnom Penh, Kemboja. Keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat juga tidak memberikan banyak peluang kepada skuad Olimpik bermain pada tahap yang sebenar. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Kouch Sokhumpeak pada minit ke-10 menerusi rembatan kencang kaki kanannya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee menjadikan perlawanan persahabatan ini sebagai persediaan menghadapi pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik menentang Lubnan pada 19hb Jun ini.