Sukan Asia: Malaysia Tewas Pada Jepun 2-0

Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.

Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.

Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.

Last Updated on Jun 28, 2013 by


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Satu respons kepada “Sukan Asia: Malaysia Tewas Pada Jepun 2-0”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *