Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Mula Dijual

Tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada hari Sabtu ini yang bakal membawakan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan juga kelantan sudah pun mulai dijual sejak pukul 3.00 petang hari ini. Sebanyak lebih kurang 60,000 tiket telah dibahagikan untuk dijual di negeri Kelantan dan juga Negeri Sembilan, dan selebihnya akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan kelak.

Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010
Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia [via]

Kelantan telah diberikan sebanyak 30,000 tiket yang mana dijual di Stadium Sultan Mohamed IV, sementara angka tiket yang sama turut dijual di Negeri Sembilan. Harga tiket bermula daripada RM30. Bagi yang tidak dapat ke stadium negeri masing-masing untuk membeli tiket, mereka juga boleh mendapatkannya pada hari perlawanan kelak, iaitu pada hari Sabtu ini, di Stadium Bukit Jalil mulai pukul 9 pagi. Ianya dianggarkan yang mana lebih kurang 50,000 penyokong Kelantan akan turun menyaksikan perlawanan akhir pasukan tersebut menentang Negeri Sembilan dalam merebut Piala Malaysia untuk musim ini.

Last Updated on Jun 27, 2013 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *