TMJ: Adakah Itu Soalan Nilai Jutaan RM?

tmj

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus membiarkan persoalan mengenai kesediaannya untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berlegar. Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi paparan di laman sosial Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers, hari ini tampil secara bersahaja menjawab soalan daripada watak diberi nama ‘Harimau’ mengenai persoalan itu. Sambil menyindir adakah persoalan itu bernilai jutaan ringgit, beliau turut memberi sedikit petanda hasratnya untuk kekal mengemudi Johor dan berikut adalah petikan mengenai soal jawab itu.

Harimau: Kemana kita nak pergi ni, bos?
TMJ: Macam biasa….. Mencipta sejarah!
Harimau: Adakah bos akan menerima tawaran untuk menjadi Presiden FAM?
TMJ: Apa awak rasa?
Harimau: Satu negara mahukan bos menerajui FAM, adakah bos akan berminat?
TMJ: Adakah itu soalan bernilai jutaan ringgit?
Harimau: Ya! Semua orang ingin tahu kerana bos belum memberikan apa-apa kenyataan lagi.
TMJ: Beginilah. Dipendekkan cerita, darah yang mengalir di dalam badan saya adalah merah biru.
TMJ: Satu nasihat buatmu sahabatku. Jangan biarkan permainan mempermainkan anda, anda yang perlu bermain dengan permainan.
TMJ: Salam Jumaat kepada seluruh keluarga JDT.

Dikatakan bahawa TMJ sudah mendapat sokongan kuat beberapa ahli gabungan badan induk FAM malah beberapa ahli gabungan badan induk itu termasuk dua anggota EXCO, Datuk Wira Yusof Mahadi dan Datuk S Sivasundram difahamkan mengadakan pertemuan dengannya bagi membincangkan mengenai perkara itu. Selain TMJ, nama lain yang turut disebut-sebut untuk mengambil alih kerusi panas itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala; CEO Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Last Updated on Oktober 15, 2016 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *