Selangor, JDT Bersaing Untuk Tempat Kedua

Selangor, JDT Bersaing Untuk Tempat Kedua

Selangor dan Johor Darul Takzim mencatatkan kemenangan pada hari Selasa tetapi gagal menghalang LionsXII dari merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia. Pasukan Red Giants dan Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan empat mata di belakang pendahulu liga, LionsXII.

Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan T-Team selepas babak pertama tetapi mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 4-1 di Stadium Shah Alam. Pemain bintang, Amri Yahya, membuka tirai selepas hanya 11 minit tetapi Abdul Latiff Suhaimi menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Amri menggandakan kelebihan pada minit ke-68 sebelum jaringan dari Nasriq Baharom dan Francis Forkey Doe menjaminkan kemenangan.

Darul Takzim juga mencatatkan kemenangan atas pasukan yang menduduki tempat terakhir liga, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Jasazrin Jamaluddin memecahkan kebuntuan dalam babak pertama sebelum Nurul Azwan Roya menambah satu lagi gol pada minit ke-69.

Malangnya, kemenangan itu gagal menghalang LionsXII yang membenamkan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar. Walaupun aksi dalam babak pertama agak hambar dengan keputusan seri tanpa gol sehingga masa rehat, pasukan tuan rumah akhirnya membuka tirai dalam dua minit pertama di babak kedua. Tendangan percuma Shahril Ishak terpesong masuk oleh Azrul Ahmad untuk gol pertama dan ketua pasukan Singa itu menyepak masuk gol kedua pada minit ke 58 untuk membuat keputusan 2-0. Fazrul Nawaz menjaringkan gol ketiga sebelum pemain gantian Shahfiq Ghani menjaringkan gol keempat pada minit ke 86.

Juara Piala FA, Kelantan pula mencatatkan kemenangan 1-0 atas Perak hasil jaringan gol oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-80. Pahang juga mendapat tiga mata selepas menang ATM 2-1 hasil jaringan Matias Conti dan R. Gopinathan walaupun Shukor Adan berjaya menjaringkan gol saguhati dalam masa kecederaan.

Pertembungan antaran Terengganu dan PKNS berakhir dengan keputusan 0-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Last Updated on Julai 3, 2013 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *