Adakah Bertanding Atau Menolak?

Sultan Bola

Segala persoalan mengenai pendirian Sultan Ahmad Shah untuk bertanding mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu pada 25 Mei depan dijangka bakal diketahui hari ini.

Kehadiran beliau menyempurnakan Majlis Penajaan DRB-Hicom Berhad kepada FAM di Istana Hinggap Pahang di Kuala Lumpur hari ini pastinya amat dinantikan selepas pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya menjelang pemilihan badan induk itu yang ke-50 bulan depan.

Keputusan Sultan Ahmad Shah sama ada ingin bertanding atau menolak pencalonan ahli gabungan itu penting dalam menentukan perebutan jawatan presiden memandangkan beliau bakal dicabar dua lagi calon, Timbalan Presiden FAM yang juga anaknya Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pemerhati bola sepak melihat Sultan Ahmad Shah yang sudah menerajui FAM sejak 1984 bakal mengekalkan kedudukannya sekiranya bersetuju bertanding bagi penggal 2014/2018 dengan Tengku Abdullah dan Tunku Ismail bakal menarik diri daripada pencalonan itu.

Last Updated on April 10, 2014 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *