Adakah Era Sepanyol Sudah Berakhir?

Pique Kad Merah

Dari 16 Jun 2010 hingga 30 Jun 2013. Tempoh itu menandakan berakhirnya era juara dunia Sepanyol di Rio semalam apabila rekod tanpa kalah 29 perlawanan kompetitif mereka lebur dengan kekalahan 0-3 di tangan Brazil pada final Piala Konfederasi.

Dalam tempoh tiga tahun dan dua minggu, skuad Furia Roja menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak antarabangsa memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut dengan merangkul kejuaraan Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012. Media Sepanyol menganggap ia satu era emas namun akhirnya Sepanyol terbukti tidak kebal.

Dengan baki setahun sebelum mereka turun mempertahankan kejuaraan dunia, jurulatih Vicente Del Bosque terpaksa menyusun kembali pasukannya.

Del Bosque mengaku Brazil beraksi lebih baik ketika Sepanyol pula tampak keletihan dan tidak mampu bangkit selepas Fred menjaringkan gol pembukaan pada minit kedua sebelum Neymar dan Fred melengkapkan kemenangan.

“Mereka berhak menang dan kadang kala ia penting untuk kami kalah,” kata Del Bosque.

“Sudah pasti tidak gembira tapi kami mesti mengenal pasti kelemahan. Kami memiliki rekod meyakinkan., mempunyai pemain yang bagus dan gaya permainan tersendiri.

“Anda tidak boleh menukar semuanya atas sebab satu kekalahan,” kata bekas pengendali Real Madrid itu yang gagal menjadi jurulatih pertama memenangi Piala Dunia, Eropah, Liga Juara-Juara dan Konfederasi selepas menjulang tiga mahkota kejuaraan itu.

Last Updated on Julai 2, 2013 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *