Annuar Musa Tarik Diri, TMJ Dijangka Menang Tanpa Bertanding

Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan menarik diri daripada pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali gus memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin badan induk bola sepak negara itu. Annuar menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira banyak faktor terutamanya membabitkan keharmonian sukan serta pembangunan bola sepak di Malaysia.

Beliau juga nampak kesungguhan yang ditampilkan oleh TMJ untuk membangunkan sukan itu dan berpandangan peluang perlu diberikan kepada Tunku Ismail merealisasikan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya telah memikirkannya untuk suatu tempoh yang lama, saya tidak memberitahu sesiapa mengenai keputusan ini waima FAM dan isteri saya sendiri kerana tidak mahu dipengaruhi oleh banyak pendapat.

“Saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepasa TMJ mengenai perkara ini. Keputusan ini diambil demi masa depan bola sepak negara, terlalu banyak retorik sebelum ini dan saya fikir kita perlukan perubahan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Keputusan Annuar ini merupakan satu kejutan memandangkan Kongres FAM ke-53 bakal berlangsung pada Sabtu ini. Jika tiada sebarang drama yang berlaku, Tunku Ismail dijangka akan memegang tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia.

Last Updated on Mac 23, 2017 by menj


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *