Kategori: Berita

  • OKS Memanggil Semula Safee Sali Untuk Kempen Piala AFF 2016

    OKS Memanggil Semula Safee Sali Untuk Kempen Piala AFF 2016

    Menjelang persiapan akhir skuad bola sepak kebangsaan berdepan cabaran Piala Suzuki AFF, ketua jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee akan memperkemaskan jentera serangan melalui penyerang berpengalaman. Kim Swee hanya memilih penyerang skuad Harimau Selatan Safee Sali bagi memperkuat barisan serangan dan tiada perubahan daripada senarai pemain dipanggil sebelum ini. “Hanya penambahan seorang pemain di mana Safee…

  • Juara Piala AFC 2015 Dimalukan Oleh Pasukan India Bengaluru 3 – 1

    Juara Piala AFC 2015 Dimalukan Oleh Pasukan India Bengaluru 3 – 1

    Mimpi kosong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala AFC tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India Kekalahan itu bererti JDT tersingkir menerusi agregat 2-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Beraksi tanpa…

  • Raja Ahmad: PM Layak Jadi Presiden

    Raja Ahmad: PM Layak Jadi Presiden

    Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kerusi No. 1 badan induk tersebut pada penggal seterusnya. Jelasnya, cadangan tersebut selari de­ngan sejarah Presiden FAM yang menyaksikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga…

  • Subahan: TMJ Paling Layak Jadi Presiden FAM

    Subahan: TMJ Paling Layak Jadi Presiden FAM

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan perancangan bukan saja untuk memajukan skuad kebangsaan tetapi juga mampu membuktikan bola sepak tempatan sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan. Itu pandangan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal. Bagi Subahan, kriteria itu ada pada pemilik kelab Johor Darul…

  • TMJ: Adakah Itu Soalan Nilai Jutaan RM?

    TMJ: Adakah Itu Soalan Nilai Jutaan RM?

    Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus membiarkan persoalan mengenai kesediaannya untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berlegar. Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi paparan di laman sosial Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers, hari ini tampil secara bersahaja…

  • AS, Mexico, Kanada Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia 2026?

    AS, Mexico, Kanada Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia 2026?

    Negara-negara di benua Eropah hanya diberikan peluang untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2026 sekiranya tiada calon yang benar-benar layak, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini. Keputusan itu meningkatkan peluang bagi bidaan bersama tuan rumah oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada bagi 2026 dengan FIFA berkata bahawa penganjuran bersama akan dibenarkan…