Ferguson: Kami Tidak Akan Membeli Pemain Baru Pada Bulan Januari Kelak

By
Updated: Oktober 31, 2010

Sir Alex Ferguson telah pun memperkatakan hari ini yang mana kelab Manchester United tidak akan membeli sebarang pemain baru pada bulan Januari kelak, walaupun terdapatnya dana untuk membeli pemain baru untuk kelab tersebut.

Sir Alex Ferguson mengatakan yang mana dengan berbaki lebih 5 bulan untuk musim ini kelak bermula Januari nanti, Manchester United tidak memerlukan sebarang pemain baru, memandangkan Antonio Valencia yang akan pulang pada bulan Februari nanti, serta Owen Hargreaves yang sama akan pulang ke kelab tersebut. Dengan skuad yang ada untuk Manchester United, Alex Ferguson mengatakan tiada perlunya untuk membeli pemain baru untuk kelab tersebut.