Harimau Malaya Hadapi Chonburi FC

Malaysia-Fans

Pasukan Liga Perdana Thailand, Chonburi FC akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Malaysia pada 16 Julai ini. Selepas beraksi dalam perlawanan bersahabatan dengan kelab di Australia, Harimau Malaya dijadualkan akan bertemu Chonburi FC di Stadium Bukit Jalil sebelum mereka menghadapai Chelsea pada 21 Julai ini.

“Antara 14-17 Julai kami akan ke Malaysia untuk latihan dan kami akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia dalam satu perlawanan persahabatan pada 16 Julai,” kata jurulatih Chonburi, Worrawut Srimanka dalam laman web rasmi kelab itu.

Harimau Malaya dijadualkan akan memulakan latihan pada 11 Juali dan selepas bertemu Chonburi dan Chelsea, mereka akan berangkat ke Jepun untuk beberapa perlawanan persabahatan di sana.

Last Updated on Julai 10, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *