Harimau Muda Berjaya Tumpaskan Itali

Thamil Arasu Universiade

Pasukan Harimau Muda A membuka tirai perlawanan Sukan Universiti Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Itali. Harimau Muda mendahului perlawanan pada minit ke-20 sumbangan Thamil Arasu, hasil hantaran oleh ketua pasukan, Irfan Fazail.

Pada babak kedua, perlawanan semakin kasar apabila lima pemain Harimau Muda dilayangkan kad kuning sementara Itali pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-67. Tidak lama kemudian, penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi telah dibuang padang dan sepakan penalti diberikan kepada Itali. Penjaga gol kedua Harimau Muda, Farhan Abu Bakar berjaya menghalang sepakan penalti Itali.

Pada minit ke-83, Harimau Muda terpaksa beraksi dengan 9 pemain apabila Syahrul Azwari pula dibuang padang. Walau bagaimanapun, pada minit ke-86 pasukan dari Malaysia itu telah diberikan sepakan penalti dan Saarvindran berjaya menyempurnakan sepakan itu dan memberikan kemenangan 2-0 kepada Harimau Muda.

Harimau Muda akan bertemu Great Britain pada hari Isnin.

Last Updated on Julai 10, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *