Harimau Muda D Mampu Layak Ke Piala Dunia B-17 Di Chile

Harimau Muda D mampu ke Chile

“Dalam bola sepak tiada istilah mustahil, segalanya boleh berlaku.” Demikan kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai kejayaan pasukan Harimau Muda D yang mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-16 selepas menewaskan Oman 2-1, malam kelmarin.

Ujarnya, skuad bimbingan S Balachandaran kini hanya selangkah untuk beraksi di pentas separuh akhir yang seterusnya layak secara automatik beraksi di Piala Dunia bawah 17 tahun di Chile pada tahun 2015.

“Kejayaan mara ke suku akhir pastinya membanggakan Malaysia, rentak kecemerlangan perlu diteruskan kerana lawan yang menanti Australia. Kita sedia maklum skuad kebangsaan Australia sememangnya hebat begitu juga skuad B16 ini, namun dalam bola sepak segalanya boleh berlaku dan tidak mustahil kita mampu mara ke kelompok empat terbaik,” katanya.

Harimau Muda D telah berjaya mencipta kejayaan untuk mara ke suku akhir, selepas membenam Oman 2-1 hasil ledakan dua gol Muhammad Najmuddin Samat yang meletakkan pasukan selaku naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata. Ini sekali gus mengecewakan tuan rumah, Thailand, yang tunduk 0-2 kepada Korea Selatan.

Last Updated on September 12, 2014 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *