Indra Ingin Jaringkan Gol Di Final Piala FA

Indra ingin jaringkan gol di final Piala FA

Indra Putra Mahyuddin berazam untuk menjaringkan gol pada aksi akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim hari ini (Sabtu). Indra merupakan pemain kunci untuk Kelantan ketika menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan akhir Piala FA musim lepas dan seterusnya menjulang piala itu.

Indra berharap nasib sekali lagi menyebelahi pasukan pantai timur itu Sabtu ini.

“Insya-Allah jika dapat bermain, saya bukan sahaja berjanji akan mempamerkan aksi terbaik malah mahu menjaringkan gol untuk Kelantan dalam perlawanan akhir ini.

“Saya percaya ini merupakan satu pertemuan sengit dan ditunggu-tunggu semua pihak memandangkan Johor DT turut dibarisi ramai pemain bertaraf bintang,” katanya kepada pemberita, semalam.

Indra juga memberitahu, dia yakin Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan tersebut berdasarkan reputasi semasa pasukannya. Dia yang masih dibelenggu kecederaan lutut mengakui sedang bergelut dengan masa untuk pulih sepenuhnya menjelang aksi perlawanan akhir edisi ke-24.

Last Updated on Jun 29, 2013 by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *