Institut Johan Cruyff Di Johor

By
Updated: Ogos 28, 2012

Lagenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff akan membina institut sukan bertaraf dunia, Johan Cruyff Institute Malaysia di Nusajaya. Institut ini dimulakan oleh Johan Cruyff pada tahun 1998 yang menawarkan program yang direka untuk membantu atlet, bekas atlet, jurulatih dan pemimpin sukan untuk seimbangkan sukan dan akademik dan juga untuk mengembangkan bakat di peringkat antarabangsa.

johancyrus

Ini juga telah membawa kepada pembinaan Universiti Johan Cruyff, Kolej Johan Cruyff dan banyak lagi Institut Johan Cruyff di seluruh dunia. Terbukti bahawa program ini telah berjaya selepas beratus pelajar yang mempunyai minat dalam sukan telah merangkul ijazah dari program-program ini.

Cruyff dijadualkan akan melawat Iskandar Malaysia pada 4 September. Ini juga lawatan pertamanya ke Asia Tenggara. Presiden Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata kehadiran Cruyff adalah tanda pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia dan juga pusat untuk berjaya dalam sukan.

“Bukan mudah untuk membawa kepakaran JCI ke Malaysia tetapi kewujudan institut ini akan melengkapkan usaha untuk menjadikan EduCity sebagai pusat pengajian terbaik di rantau ini,” katanya.