Kelantan Muncul Juara Piala Malaysia 2010

Kelantan semalam mencipta sejarah dengan buat pertama kalinya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam. Ini, sekaligus membolehkan Kelantan merampas Piala Malaysia daripada juara Piala Malaysia tahun lepas dengan mudah.

Jaringan permulaan dimulakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 melalui tendangan penalti yang diberikan kepada Negeri Sembilan, diatas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Kelantan terhadap S. Kunalan dalam kotak penalti. Denagan gol pertama, Negeri Sembilan meneruskan serangan demi serangan terhadap pasukan Kelantan, namun asyik gagal untuk melepasi pertahanan Kelantan.

Walaubagaimanapun, pada separuh masa kedua, pasukan Kelantan berjaya membuatkan penyokong mereka bersorak pada minit ke-57, dimana tandukan kapten pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin melepasi masuk gawang gol Negeri Sembilan, sekaligus menjadikan mata jaringan seri.

Lebih menarik lagi, Kelantan menjadi semakin garang apabila berjaya menambah jaringan oleh Mohd Badri pada minit ke-65 hasil hantaran cantik daripada Mohd Norfarhan Muhamad, sekaligus menjadikan Kelantan mendahului permainan dengan 2 berbalas 1. Ketiadaan tunggak pemain utama Negeri Sembilan, Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan membuatkan Negeri Sembilan semakin tertekan, dan akhirnya tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Keputusan permainan, Kelantan memenangi Piala Malaysia dengan jaringan 2 berbalas 1 terhadap Negeri Sembilan.

Last Updated on Jun 27, 2013 by


Posted

in

,

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *