Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia Menewaskan Taiwan 2 – 1

By
Updated: Jun 30, 2011

Aksi cemerlang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya apabila menewaskan Taiwan 2 – 1 pada perlawanan pertama Piala Dunia 2014, kelayakan zon Asia, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak (minit ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada Ahad ini untuk perlawanan kedua, yang akan berlangsung di Taipei.