Kemenangan Bangkitkan Semangat Kelantan

By
Updated: Julai 2, 2013

Kemenangan Bangkitkan Kelantan

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, menyatakan kemenangan Piala FA pada hari Sabtu telah memberikan mereka semangat untuk menghadapi kesukaran yang telah dialami pada tahun 2013. Setelah mendapat kemenangan treble domestik (Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA) pada tahun sebelumnya, Kelantan tidak dapat mengekalkan prestasi mereka pada musim ini dan berada di kedudukan kelima di meja liga, 10 mata kurang daripada LionsXII yang berada di puncak. Namun, mereka yakin untuk tidak mengakhiri musim ini dengan tangan kosong setelah merangkul kejuaraan Piala FA dengan mengalahakn Johor Darul Takzim 1-0 dengan tedangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 16.

Selepas perlawanan, Hodak menyatakan kepentingan keputusan itu bukan hanya kerana piala tetapi juga untuk memberi kesan di liga dan Piala Malaysia nanti.

“Kemenangan [Sabtu] sangat penting,” kata beliau. “Bukan hanya kerana ini piala pertama Kelantan musiim ini, tetapi ia juga membangkitkan semangat pasukan untuk perlawanan akan datang.

Tahniah kepada pemain yang telah menunjuk kekuatan mereka. Akhirnya, kami dapat piala dan saya harap kami dapat kekalkan prestasi ini untuk perlawanan seterusnya.”

Ramai telah datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan yang dijangkakan amat sengit tetapi perlawanan itu dikuasai oleh the Red Warriors pada seluruh perlawanan. Saingan mereka tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dan Hodak menyatakan stiap pemain telah melakukan apa yang dijangkakan.

“Semua orang bermain dengan baik dan telah mencipta peluang,” kata Hodak.

“Saya gembira dan bangga dengan mereka. Darul Takzim mempunyai beberapa peluang tetapi pemain pertahanan kami telah melakukan kerja yang baik untuk menahan mereka, terutamanya Obinna [Nwaneri].”