Kategori: Liga Malaysia

  • Pahang Kecewakan Ngap Sayot

    Pahang Kecewakan Ngap Sayot

    Pahang menewaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur Sabtu malam. Pahang, yang dilihat lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percaturan berbahaya, mula memecah kebuntuan menerusi tandukan Azammuddin Akil hasil gerakan R.Gopinathan pada minit ke-28. Keghairahan kira-kira 33,000 penyokong tuan rumah menikmati gol pertama, gawang Bujang Senang sekali lagi digegar…

  • Tarikh Sepak Mula Piala Malaysia: 20 Ogos

    Tarikh Sepak Mula Piala Malaysia: 20 Ogos

    Sepak mula saingan Piala Malaysia yang pada awalnya dijadualkan 17 Ogos, ditunda ke tiga hari kemudian bagi memberikan ruang persediaan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam Kejohanan Kelab Malaysia-Singapura pada 13 Ogos. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, tarikh baharu itu lebih sesuai memandangkan ramai…

  • Selangor, JDT Bersaing Untuk Tempat Kedua

    Selangor, JDT Bersaing Untuk Tempat Kedua

    Selangor dan Johor Darul Takzim mencatatkan kemenangan pada hari Selasa tetapi gagal menghalang LionsXII dari merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia. Pasukan Red Giants dan Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan empat mata di belakang pendahulu liga, LionsXII. Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan T-Team selepas babak pertama tetapi mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 4-1 di Stadium Shah…

  • LionsXII Merangkul Juara Liga Super Malaysia 2013

    LionsXII Merangkul Juara Liga Super Malaysia 2013

    Perlawanan antara LionsXII dan Felda United berakhir dengan pasukan Singa menjulang sebagai juara Liga Super Malaysia setelah menjaringkan empat gol. Pasukan LionsXII hanya memerlukan satu kemenangan untuk memastikan kejuaraan mereka di Liga Super Malaysia. Setelah mendapat tempat kedua di musim lepas, LionsXII berada di puncak liga dengan 40 mata, lebih empat mata daripada pasukan Selangor…

  • LionsXII Yakin Dapat Merangkul Trofi

    LionsXII Yakin Dapat Merangkul Trofi

    Ketua jurulatih LionsXII, V. Sundramoorthy, yakin bahawa pasukannya akan menewaskan Felda United di Stadium Jalan Besar. LionsXII kini mendahului Liga Super Malaysia 2013 dengan empat mata di hadapan Johor Darul Takzim dan Selangor dan dapat menjaminkan kejuaraan jika dapat mengalahkan Felda United nanti. “Pasukan saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.” kata Sundramoorthy. “Apa…

  • Kemenangan Bangkitkan Semangat Kelantan

    Kemenangan Bangkitkan Semangat Kelantan

    Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, menyatakan kemenangan Piala FA pada hari Sabtu telah memberikan mereka semangat untuk menghadapi kesukaran yang telah dialami pada tahun 2013. Setelah mendapat kemenangan treble domestik (Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA) pada tahun sebelumnya, Kelantan tidak dapat mengekalkan prestasi mereka pada musim ini dan berada di kedudukan kelima di meja…