Khalid Sulaiman Tegur Cara Berfikir “Tunku Mahkota Juventus” (TMJ)
Kelmarin 18/08/2017, satu posting Facebook daripada anak muda bernama Khalid Sulaiman yang...
Skuad Malaysia B-22 meneruskan siri kemenangan dengan menewaskan Vietnam 3-0 hari ini di Myanmar. Rozaimi Abd Rahman menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan hatrik, seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Harimau Muda menentang Vietnam di Stadium Aung San petang tadi.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee kini terus menduduki tangga ketiga dalam kumpulan G dengan kutipan sembilan mata di belakang pendahulu kumpulan, Korea Selatan dan Myanmar di tangga kedua. Malaysia akan bertemu Myanmar dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 3hb Julai ini.