Norizan Bakar Menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Seladang

By
Updated: Oktober 26, 2010

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), hari ini mengumumkan pelantikan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar sebagai ketua jurulatih bagi Perak. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Norizan Bakar, 49 akan dibantu oleh Chong Yee Fatt dalam membangunkan kelab bola sepak negeri tersebut.

Sebelum ini, Noziran telah menjadi jurulatih di Perlis, Pulau Pinang, jurulatih kebangsaan untuk pasukan bawah 23 tahun, dan juga pasukan bola sepak Kelantan. PAFA mengatakan yang mana beliau merupakan pilihan unggul untuk mengendalikan pasukan Seladang itu untuk musim akan datang.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, PAFA juga turut sama melantik Khairul Azwan Datuk Harun sebagai pengurus pasukan Seladang itu untuk musim hadapan.