Pemeringkatan FIFA: Malaysia Melonjak Tiga Anak Tangga

By
Updated: Mei 9, 2012

Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA hari ini menunjukkan bahawa Malaysia melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-153 dalam senarai pemeringkatan (ranking) dunia. Di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia adalah antara pasukan lima terbaik di rantau ini.

Berikut adalah kedudukan Malaysia di kalangan negara-negara ASEAN:

097 Vietnam
141 Thailand
148 Filipina
151 Indonesia
153 Malaysia
158 Singapura

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-148 pada Januari, ke-150 pada Februari dan ke-152 pada Mac. Peningkatan ranking itu hasil kemenangan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal yang membelasah pasukan Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Skuad Harimau Malaya dijangka mampu memperbaiki lagi ranking menerusi beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk bertemu Filipina pada 1 Jun di tempat sendiri serta menentang Singapura pada 8 dan 12 Jun di sini dan tempat lawan.