Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Menentang Myanmar Malam Ini

Skuad bolasepak Malaysia akan turun menentang skuad kebangsaan Myanmar yang akan berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kelantan pada pukul 8.45 malam ini. Inilah kali pertama perlawanan antarabangsa dilangsungkan di sebuah stadium negeri. Bagi yang tak dapat hadir di stadium, ia boleh ditonton secara langsung di Astro Arena saluran 801, bermula pada 8.30 malam.

Perlawanan ini cukup penting untuk ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, mencari formula yang terbaik untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap, sebelum bertemu Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29hb Jun ini.

Malaysia mengharapkan penyerang berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya untuk memikul tanggungjawab menjaringkan gol memandangkan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha serta penyerang-penyerang lain iaitu Ahmad Fakhri Saarani dan Shahrizal Saad telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bermain dalam perlawanan ini. Manakala Safee Sali pula mempunyai komitmen dengan kelabnya, Pelita Jaya di Indonesia.

Sama-samalah kita nantikan keputusan Malaysia lwn Myanmar. Selepas menjadi juara Piala Suzuki AFF pada bulan Disember 2010, skuad kebangsaan Malaysia tidak pernah mengalami kekalahan. Semoga rekod bersih Malaysia tidak tercalar pada malam ini.

Last Updated on Jun 24, 2011 by


Posted

in

by

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *