Piala Malaysia 2016: Selangor Bertemu Kedah Di Pentas Final

piala-malaysia-2016

Selangor dan Kedah akan sekali lagi bertemu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia akhir bulan ini.

The Red Giants, Selangor menewaskan T-Team 3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Selangor menang 5-1 secara agregat.

The Red Hawks, Kedah seri 0-0 dengan Polis Diraja Malaysia (The Cops) dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka. Kedah menang 2-1 secara agregat.

Selangor membuka jaringan pada minit ketiga melalui R. Gopinathan yang menyambung hantaran Andik Vermansyah. Skuad pemangku ketua jurulatih K. Gunalan itu kemudian menggandakan jaringan menerusi pemain pertahanan Ugochukwu Ukah pada minit ke-19. Selangor berjaya menjadikan jaringan 3-0 apabila Andik mencetak gol pada penghujung perlawanan dan mengecewakan 10,000 penyokong “The Titans”.

Walaupun seri 0-0, perlawanan antara PDRM dan Kedah adalah satu yang meriah. Kedah mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi Thiago Augusto Fernandes, Shane Smeltz Edward dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar gagal untuk mencari gol. PDRM mempunyai peluang terbaik mereka apabila penyerang Muhammad Safuwan Baharuddin mendapat ruang tetapi dia gagal dalam cubaan tandukan ke arah gol.

Sebagai rekod, Selangor menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 akan diadakan pada 30 Oktober ini di stadium yang sama.

Last Updated on Oktober 16, 2016 by menj

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *