Piala Suzuki AFF 2010: Malaysia Menewaskan Indonesia 3 – 0 Dalam Perlawanan Akhir Pertama

By
Updated: Disember 26, 2010

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali, yang menyumbat dua kali (minit ke-59, 71) dan Mohd Ashaari Shamsudin (minit ke-67). Kemenangan selesa malam ini menyerupai langkah Malaysia menewaskan pasukan Vietnam di separuh akhir pertama di Bukit Jalil sebelum berlepas ke Hanoi dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir.

Safee Sali

Malaysia akan bertandang ke Jakarta Rabu ini untuk menghadapi perlawanan akhir pusingan kedua, pertemuan yang akan menentukan juara.