Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini

By
Updated: Mac 9, 2011

Malam ini merupakan perlawanan penentuan mengenai siapakah yang akan layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik. Walaupun berbekalkan kelebihan 2 – 0 mengatasi Pakistan ketika perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari, ia merupakan perkara yang perlu dikekalkan pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dalam usaha memburu slot ke pusingan kedua sejak 1980.

RTM akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung melalui TV1 manakala Astro Arena juga akan membuat siaran langsung perlawanan dari Stadium Punjab, Lahore di Pakistan pada pukul 10.30 malam ini waktu Malaysia.