Rajagobal Mendapat Gelaran Datuk

By
Updated: Jun 4, 2011

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk” oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari keputeraan baginda.

Rajagobal menyertai 67 penerima anugerah yang lain dari Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Negara hari ini, yang turut menyenaraikan mendiang lagenda bola sepak negara, R. Arumugam atau lebih dikenali sebagai “Spiderman” atas bakatnya menyelamatkan gawang negara suatu ketika dahulu. Rajagobal yang membantu skuad kebangsaan menamatkan penantian 14 tahun untuk negara bergelar juara Asia Tenggara pada Piala Suzuki AFF 2010 dianugerahkan gelaran ini bagi menghargai jasanya kepada bola sepak Malaysia.

Selain itu, sebelum ini juga Rajagobal telah membantu skuad Sukan Sea memenangi pingat emas pada temasya tersebut pada tahun 2009 di Laos.